Seramai 54,148 pekerja yang mengalami kecederaan dan hilang upaya berjaya kembali ke alam pekerjaan menerusi Program Return to Work (RTW) yang diperkenalkan PERKESO sejak 2007 sehingga Disember 2022.<br /><br />Menurut Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, menerusi program tersebut PERKESO telah mengubah fokus dari pembayaran pampasan semata-mata kepada perkhidmatan pemulihan dan pencegahan yang memperkukuhkan lagi kesejahteraan golongan pekerja.
